EBOOK INI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIKONGSI , DIJUAL SEMULA, ATAU DIEDAR TANPA KEBENARAN PENERBIT.
48 JAM PENGHANTARAN FILE
PDF SAHAJA
PASTIKAN ALAMAT EMEL ATAU NO TELEFON YANG BETUL.
28k words
*****
William Chen Wei Ting, nama dia di dalam IC. Anak angkat Mak Ngah Tia. Keluarga kami menggelarnya dengan nama Rayfan untuk ‘meMelayukan’ lelaki itu. Orangnya perasan bagus, dan serba-serbi sempurna. Oleh kerana dia terlampau ‘majestic’, dia jadi lupa daratan. Ke aku aje yang rasa dia lupa daratan?
“Opah nak Min yang jadi isteri kepada Rayfan. Min yang paling layak untuk Rayfan.” - Opah
Opah dan satu keluarga besar kami bersetuju, aku, Azmin anak Pak Usu Fadhil kena kahwin dengan William gara-gara nak ‘meMelayukan’ Chan Wei Ting!
“Awak faham tak kesan tu? Awak dah buat jodoh saya block, tahu? Saya suka orang lain, bukannya awak. Sepatutnya awak tak ada dalam perancangan hidup saya, sekarang ni awak dah ganggu plan hidup saya.” - Aku
Tapi kerana satu insiden berdarah dalam hidupku, aku kena reda tak ada orang lain yang nak kan aku kecuali dia.
“Wo... pu... shi... huan... ni.” Aku cakap sebiji-sebiji. Pakej tekan suara kat ‘pu’ tu, menggambarkan aku betul-betul tak suka dia.
“Apa-apa yang jadi, bukan sebab saya kesiankan awak atau bukan sebab opah yang paksa saya untuk memperisteri awak.” – Chan
Jadi kenapa dia terima aku sebagai isterinya? “Min ingat, Min tak jadilah kahwin dengan abang, opah. Abang tak ikhlas terima Min.” – Aku
“Alah, setakat tak ada kaki je pun, bukan tak ada kepala. Okey lagi.” – Chan
Dan bagaimana untuk aku meneruskan hidup dengan lelaki, yang aku tak boleh nak baca isi hatinya?
Buy Now